Komik GEMPAK STARZ yang gempak-gempak akan di senarai kan disini

ENJOY! Jangan lupa untuk membelinya..

Di kedai buku yang ada komik Gempak Starz berdekatan!

 

Yang ditunggu telah tiba! Novel Grafik USER yang ke-2 telah tiba!

Kita terus kepada SINOPSIS-nya!

Sinopsis:

Peperangan siber mencapai kemuncak! Dapatkah  Elan jejaki Mr. O demi merangut gelaran Raja Digital Gladiator? Dalam masa yang sama, gadis manis bernama Natasha mula mengusik naluri jiwa Elan. Ketika cuba selami jiwa masing-masing, mereka dikejutkan dengan berita tentang seseorang.. 

_______________________________________________________

Dapatkan skang gak dipasaran! Ianya berharga RM6.50 jer!


Lawak Kampus Jilid 12
Lawak Kampus Jilid 12

Yay! Kini Keith pelukis/penulis Lawak Kampus telah menghasilkan 

novel grafik barunya! Komik paling lawak di Malaysia yang ke-12

telah berada di pasaran. Dapatkan skang gak di pasaran!

Komik ini berharga RM7.50 jer!

 

Termasuk Terma & Syarat (Hehe..) ^^

Andainya Dia Di Kafe Ini
Andainya Dia Di Kafe Ini

WOW!!! Alamak...kenapa cepat sangat Gempak Starz.. keluarkan komik baru!

Yang ini..pasti saya tidak baca lagi!.. Komik baru pada bulan September 2011

ini!.... Korang mesti beli!... Tajuk komik itu ialah "Andainya Dia Di Kafe"

Kita terus dengan sinosisnya!

Sinopsis:

Aiko sentiasa impikan sebuah ‘cinta nan indah’. Namun lelaki sebayanya berperangai kebudak-budakan dan semuanya tak sesuai dijadikan boifren! Demi mendapatkan boifren matang, dia pun bekerja sambilan kat kafe terkemuka penuh pelayan hensem pakai uniform bergaya tapi...? Kisah cinta di kafe.

________________________________________________________
Hmm.. baca macam cerita CINTA... nampaknya saya sebagai ADMIN laman web ini.. kena beli buku Ini!.. Woohoo...Lupa nak beritahu harga buku ini..RM7.50!..jer..HEHEHE~ 

Lawak Kampus Jilid 11
Lawak Kampus Jilid 11

Ini komik terbaru.... ade 150 'LIKE' kat FB...COOL!!!

Korang kena beli buku ini.. Tpi.. saya tidak beli lagi... Bengang sagat!!!

Hmm...sabar,,,

Saya terus tuliskan...EH...saya 'Paste' sahaja sinopsisnya.. Hehehe..

Sinopsis:

Kelas paling gempak kat Malaysia kembali! Ikuti gelagat Vanness, Aditas dan rakan-rakan... Nampaknya demam laman sosial dah melanda sekolah sampaikan Guru Besar pun tak terkecuali! Gelak ketawa tak henti bersama Lawak Kampus 11!

_____________________________________________

Harga... RM7.50..mahal sebab ada Kaler!!

Huhuhu.. Saya tidak sabar hendak beli buku ini!...COOL!!!!!!

Jiwa 16 Jilid 2
Jiwa 16 Jilid 2

Saya malas nak Cerita banyak!

Kite terus tengok sinopsis nyer

Sinopsis:

Saya menyanyi demi Takase... Dia akhirnya telah memutuskan bahawa Takase akan menjadi produser album debutnya. Rakaman klip video untuk debut besar-besaran pun bermula! 
Sementara itu, muncul seorang perempuan entah dari mana, menyatakan Saya sekadar pengganti bekas kekasih Takase. Terkejutnya Saya hingga suara nyanyiannya terjejas lantaran terlalu memikirkan Takase...?! Kisah lagenda diva paling tabah berakhir di sini!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sebab apa saya tidak cerita banyak.. sebab saya tidak beli lagi buku ini.. HEHEHEH..

OH! LUPA... Harganyer ialah RM7.50

 

Jiwa 16 Jilid 1
Jiwa 16 Jilid 1

Yang ini Baru sahaja keluar!

Saya tidak baca lagi... sebab tiada bajet nak beli!

OKey!!! TROZ dengan sinopsis nye..

Sinosis:

Saya, si gadis biasa seperti manusia lain. Dirinya tiada keinginan istimewa mahupun menyimpan impian. Namun ketika Saya mendendangkan lagu, warna sebenarnya terserlah...
Suatu hari ketika Saya asyik berkaraoke sendirian, seorang produser musik Encik Takase terdengar suaranya yang muda. Tetapi Saya lansung tidak berminat menceburi bidang nyanyian... Lagenda diva paling tabah kini bermula...!

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Itu laa sinopsis nyer..... Huh!? Cemburu nya saya siapa yang sudah membeli buku ini!

Harganya.... disebabkan Kartunisnya dari luar negara.. So... Harganya..

mahal sedikit! RM7.50

Go To Top 10
Go To Top 10
Go To Lawak Kampus
Go To Lawak Kampus